Thursday, April 27, 2017

Rawatan Sinusitis Tersendiri

Keradangan saluran hidung lah yang menyebabkan sakit mata kiri seiring dengan pening kepala belah kiri  juga pada tulang pipi dan rasa sakit gigi rahang atas. Hidung juga tersumbat tidak boleh hidu bau, jadi kena bernafas ikut mulut.

Adui sejak dua tahun lepas setiap kali pening selsema mesti semacam package keseluruhan organ kiri sakit … yg belah kanan relax aje pulak. Susahnya waktu sujud rasa macam nak terkeluar biji mata ke lantai. Takut juga masa tu sebab mak saya pernah kena glaucoma sejenis penyakit mata yg jika dibiarkn alamatnya gelap seluruh alam tak nampak dah kecantikan ciptaan Maha Berkuasa Allah. Jadi terpaksa lah saya merajinkan diri berjumpa doctor mata
.
Bila jumpa doctor mata katanya pressure setabil tanda tiada masalah. Dia suruh pergi jumpa pakar hidung atau buat CT scan.( dlm hati tak se serius tu la nk scan) Katanya munkin sinusitis atau resdung akut melayu cakap, penyebab tu adalah bila virus peralihan musim sejuk ke panas menyerang selaput sinus, yang bertindak balas dan membengkak; ini lah penyebabkan penyempitan laluan saliran dalam sinus dan hidung,
Sebab tak kuasa nk jumpa doctor lagi, saya just click sinusitis pada google aje.  Maka faham lah saya….jadi masalahnya sinus yg sedia ada dalam hidung utk pernafasan dan juga untuk laluan hingus dah terkena jangkitan kuman dari pencemaran udara atau struktur sinus hidung yang sempit pada setengah orang tapi ini sah2 bukan kepunyaan saya. Saya memang allergic dengan beberapa jenis habuk dan debu, so akibat tindakbalas allergic ini semua lah menyebabkn laluan sinus jadi sempit. Sempit dek activity penduduk bacteria dan kuman ini, Dia dah macam terperangkap di situ macam tak ada jalan keluar melainkan kita usaha keluarkan kuman bacteria ini.


Tapi takpa yang penting kita cuba home remedy. Dah puas sana sini click click google  maka jumpa beberapa respi pemulihan sinusitis, iaitu;
1.  Minum air suam selalu.
2.  Wap muka
3.  Cucian saluran hidung.
4.  Hirup sup pedas
5.  Minum campuran madu, apple cider dan lemon.
6.  Makan ubat yang disyorkan.

Nampak senang kan sebab saya tak mahu complicated sangat nanti buang masa untuk penyediaanya. Kebanyakan remeh temeh maklum la nak jual produk contohnya no 3 untuk cucian saluran hidung dengan mengunakan ‘neti pot’ sedangkan saya cuma sedut air bercampur garam bukit dari cawan/mangkuk. Caranya sedut dengan hidung nanti akan rasa air garam jatuh ke kerongkong. Masa ni paling best kahakan keluar kahak melalui tekak dan hembus hinggus melalui hidung. Cuma pedih sikit tapi lepas tu rasa lega. Wap muka katanya dengan peppermint oil tapi saya masak nasi semangkuk bila didih saya akan dengan hati2 wapkan muka sambil sedut dengan hidung wap itu….pas tu tetiba pulak dapat idea air beras yang pekat tu saya sapu pada muka sebagai masker. Sebelum guna test dulu atas tangan kang melecur lak muka…hehee….
Hirup sup pedas panas it seems no problem for me sbb memang suka buat sup ala2 tom yam. Dan seperti biasa ubat ubatan ikhtiar paling akhir saya setelah semua tak Berjaya. Alhamdulellah ada perubahan positif dengan home remedy ini.

Walau bagaiman pun saya tak buat semua keenam enam ini dalam satu hari cuma satu hari saya select satu atau dua aje, selepas saya dapati cukup untuk mencairkan hinggus yang jem dlm saluran sinus itu.

Yang penting hingus pekat akan cair dan keluar bersama kuman bacteria, seperti longkang bertakung air kotor berjaya dirus keluar. 

Sambil buat saya dlm hati ckp, keluar keluar segala kuman yg menyakitkan mata muka kepala….. Dalam masa rawatan memang selalu minum air suam tak spt kebiasaan saya lebih suka minum air sejuk terutama waktu musim panas.

Saya tidak lupa juga setiap pagi buat ruqiah pada air kosong dengan membaca al fatihah pada air, berdoa  dan minum.




No comments:

Post a Comment