Saturday, February 04, 2017

Pergerakan Penting

Ini semua orang tahu lah kan kalau nak hidup sihat adalah jaga makan dan rajin rajinkan diri bersenam. Kalau tidak ada ruang atau masa untuk bersenam cukup dengan pergerakan aktif sekitar rumah.
Seperti saya dulu semasa duduk di Malaysia saya sangat cergas berjalan sana sini berkebun setiap minggu dan bersukan.
Sejak menetap di uae, senaman dalam rumah aje, kadang kala pergi jalan kaki dan berenang. Makanan pun sudah berubah, maklum lah sejak dah umur masuk 5 sires ni.


Saya selalu tanya diri sendiri dan jawab sendiri; begini…

Kenapa perlu jaga berat badan atau diet?
Sebab nak fitness senang berpakaian dll.

Kenapa mesti usaha discipline kawal nafsu makan?
Supaya tidak tambah berat badan dan makan di waktu yang betul iaitu bukan time tidur makan kek lagi….

Kenapa perlu senaman atau exercise, aerobic, berjalan kaki, berenang renang dan jogging?
Oh ini lah paling banyak kenapa saya perlu bersenam  sebab saya nak oksigen/oxygen bawa darah bersih ke jantung keluar dan terus berfungsi dgn baik demi kesihatan jantung. Kalau jantung lemah macam mana nak sihat. Lagi pun kerja jantung adalah untuk mengepam oksigen/oksijen ke pembuluh darah untuk saluran ke organ-organ dan tisu badan kita.


Kurangkan lemak berlebihan dengan cara selesa mudah dan tidak menyakitkan dengan cara ini:



Bayangkan kalau kita banyak makan dan tiada senaman, tentu kita akan rasa lemah, penat dan urat urat pun akan tegang maka senang dapat sakit sakit badan pinggang mahu pun pening kepala.

Bila umur semangkit meningkat metabolism pula semakin menurun, ini lah penyebab mudah dapat serangan pelbagai masalah penyakit. 

Jadi di sini kita kena paksa displin diri buat senaman demi penghidupan yang lebih selesa dan tidak buang masa berjumpa doktor. Jadi saya tidak lagi makan ikut nafsu seperti masa muda muda dulu. Kawal diri demi kebaikan. Sedangkan orang muda yang tidak banyak melakukan pergerakan badan dengan penuh kasih sayang dinasihatkan makan jangan banyak2 ok…. Kerana berat badan berlebihan dan obesity adalah satu ancaman apabila lemak perut berlapis antara organ organ.

Zaman sekarang orang muda pun ada yang diabetes, komplaksi jantung dan sebagainya.

Kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang lakukan secara tertib oleh lelaki dan perempua dari pelbagai peringkat umur  menjadikan mereka sentiasa kekal aktif secara fizikal dan mental.

Walaupun senaman yang sederhana dan pergerakan aktiviti fizikal boleh meningkatkan kesihatan orang-orang yang lemah atau yang mempunyai penyakit. Tidak dilupakan juga diet yg sihat adalah wajib dalam list rancangan senaman ini.

Senaman juga merangsang pengeluaran salur darah baru makna darah dapat mengalir lebih banyak, yang menyebabkan peredaran yang lebih cekap.
Tidak aktif adalah salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Walau bagaimanapun, senaman membantu meningkatkan kesihatan jantung, dan juga boleh mengembalikan beberapa faktor risiko serangan penyakit jantung.

Kajian secara konsisten mendapati bahawa senaman ringan hingga sederhana adalah lebih bermanfaat pada pesakit jantung. Bagaimanapun, ambil perhatian bahawa sesiapa yang mempunyai penyakit jantung atau faktor-faktor risiko jantung perlu mendapatkan nasihat perubatan dari doktor sebelum memulakan program senaman.

Akhir sekali nak bagi tahu senaman paling saya suka menari dan ber..aerobic sorang2 pun jadi, tapi kena pasang lagu yg kita minat. Hujung minggu berjalan jalan tepi pantai kadang kala acara renang. Kalau ada kesempatan time tak ramai orang di luar lepas subuh saya berjalan mundar mandir dengan langkah panjang.Boleh jadi jogging juga…….


Saya harap anda semua sayang sayang diri dengan exercise. 

No comments:

Post a Comment