Tuesday, November 24, 2015

Mata Sebelah Kiri Sakit


Musim sejuk telah memasuki UAE dimulakan dengan hujan lebat berserta angin ribut. Ini mengakibatkan mereka yang lemah immune system  mendapat demam batuk dan sebagainya, tetapi saya mendapat batuk dan sinus akibat algeri dari habuk sebelum musim sejuk bermula. Kembali dari percutian saya mengemas bilik tetamu yang sebetulnya sudah lama tidak dikemas selepas dua orang tetamu pulang. Selimut tebal dan carpet yang berhabuk perlu kibas dan jemur bawah matahari. Probably these trigger my allergy. 


Saya memang takut dengan batuk yang sangat menganggu tidur berserta keperitan tekak sewaktu batuk. Bermula sakit tekak dan suara serak2 kadang kala tiada suara. Namun alhamdulellah saya sangat jarang mendapat demam (flu or high fever) kerana dihalang oleh batuk mungkin.
Maka sekarang kena ambil langkah secepat kilat, pertama awal pagi dan petang minum air limau madu suam berserta doa minta tolong dari Allah swt, selepas sarapan pula bakar bawang putih makan seulas seterusnya dua atau tiga ulas tengahhari dan malam.Diikuti minum air sebanyak munkin. Alhamdulellah batuk dan demam selsema cuma tiga hari sahaja. tidak seprti dahulu sebulan menderita batuk.
Tetapi timbul masallah lain ia itu pening, hingus tersumbat, asyik ngantuk, letih (masa ni…lantak la rumah tak terurus pun), hilang bau dan paling cemas sekali sakit mata sebelah kiri berserta sakit gigi bhg atas. Nak solat pun seksa sebab bila sujud dan rukuk ada tekanan di bhg mata kiri. Saya fikir kenapa gigi saya sakit sedangkan gigi semua ok. Mata kebetulan baru tiga minggu lepas buat checkup. Kenapa? 

Sekarang saya dah tahu sebabnya adalah sinus (belum pringkat resdung). Saya memang malas nak ke hospital sebab kes menunggu ni. Saya buat rawatan sendiri aje di rumah dengan mendapat tips dari internet seperti:http://www.ehow.com/about_5453321_symptoms-sinus-eye-pain.html
Alhamdulellah setelah 13 hari saya kembali sihat seperti bias tanpa ada apa2 masalah lagi.Saya kira jika tidak pulih spt biasa selepas 15hari akan ke hospital.

Saya percaya makanan sebenarnya boleh memulihkan penyakit diperingkat awal, juga boleh menghindarkan kita dari pelbagai penyakit kronik melainkan kehendak yang Maha Esa.Sewaktu saya hadapi masalah itu saya tidak pernah berpantang semua makan. Saya hanya tidak minum kopi sementara waktu dalam keadaan tidak sihat ini,  mungkin untuk mudah tidur itu pemikiran saya lah. Paling kerap makan sup dall, ikan bakar bersama salads campuran cuka apple, limau, minyak zaitun, parutan bawang putih dan garam, nasi arab dan youghurt.  Buah2an paling kerap delima dan anggur kebetulan sedang musim. Sarapan pagi minum air bersama madu dibacakan al-fatihah kemudian makan tamar tiga biji. Kalau lapar lagi makan lagi umpamanya telur dan roti bakar zatar, air maintain banyak…
Oh yaa saya juga makan kapsul mengkudu gamat cap petani.



Ini dia...bubur nasi broccoli saya. 
  


Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم percaya bahawa kewujudan ubat untuk segala penyakit dan yang telah diterangkan dalam banyak hadis nabi contoh seperti: "Gunakan rawatan perubatan, kerana Allah tidak membuat penyakit tanpa ujudkan suatu ubat untuk itu, dengan pengecualian satu penyakit, iaitu tua umur "HR. Abu Dawud.

 "Bagi setiap penyakit ada ubat, dan jika ubat yang digunakan untuk penyakit ini, ia akan sembuh dengan izin Allah."

Orang yang mengetahuinya, mengetahuinya dan orang yang tidak tahu, tidak tahu. "

No comments:

Post a Comment